Showing posts with label buah hati. Show all posts
Showing posts with label buah hati. Show all posts

Friday, May 14, 2010

"Bukan tak sayang"

Sesekali mama terkenangkanmu...
Sesekali mama merinduimu....
"Kau dilahirkan tanpa suara........
"Kau dilahirkan tanpa tawa........
Kau dilahirkan tanpa segala.....
"Hanya memori abadi....yang.....kekal selamanya"


Bukan tak sayang.....bukan tak kasih
Tapi..........kau ditakdirkan untuk pergi buat selamanya..............


Semoga kau aman di sana............
Wahai buah hati mama..........puteriku "Khairun Nisa'..............
Alfatihah buatmu.........................

Thursday, May 13, 2010

"Cayang"

Lama udah mama tak update blog...sesibuk bebenor...Semalam masa mama dan suami on d way to Melaka untuk menjemput anak kami "Arra" tetiba telefon berdering.........

...SiCilik berbaju hijau yang kami panggil "Cayang" muntah-muntah....Nak patah balik kami dah hampir sampai Seremban...terpaksalah juga kami teruskan perjalanan.

Alhamdulillah kami mendapat penjaga Cayang yang sangat
bertanggungjawab dan terlalu sayangkan Cayang dengan sepenuh hati...
Cayang memanggilnya Ayah dan Mama kepada penjaganya...

Mereka sangat akrab dan saling membelai dengan penuh kasihsayang. 
Ayahlah yang mencari ubat muntah Cayang....dan merawatnya ketika di dalam jagaan Ayah....

Kami tiba di rumah Ayah lebih kurang pukul 11.00 malam dan Cayang telah pun tertidur atas tilam specialnya.....Hari ini Cayang tidak ke sekolah...biarlah dia berehat dan bermanja dengan Deb dan Arra pulak...

Tuesday, May 4, 2010

Buah hati pengarang jantung....

Salam...

Sicilik berbaju hijau ketika menyambut hari raya di kampong neneknya di Ijok (Pure orang Ijok ). Sungguh manis dan cute buah hati mama dan abah ni kan...  




Siapa sangka mama yang kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ini pernah diduga dan diuji oleh Allah??? Tanpa izinnya jua sesuatu itu tidak akan berlaku dan mungkin sebab Allah menguji mamalah maka perkara ini berlaku.  Anak-anak mesti ingin tahu bahawa mama pernah kehilangan seorang anak perempuan yang sepatutnya sekarang ini berusia 9 tahun? 


Anak mama telah disahkan meninggal dalam perut ketika usia kandungan mama telah cukup 9 bulan...Tetapi oleh kerana mama pada ketika itu diserang demam panas dan merasa sesuatu yang tidak enak pada kandungan mama, mama ditemani suami pergi mendapatkan rawatan doktor.  


Sesampainya di hospital doktor mengesahkan bawaha bayi dalam kandungan telah meninggal dunia.  Gelap pandangan mama ketika itu dan tanpa disedari mama menangis di sisi suami tanpa segan silu.  

Bertambah sedih lagi bila mama terpaksa menjalami pembedahan kerana tidak boleh bersalin secara normal. 

Bayangkanlah anak-anakku mama terpaksa berpantang selama 2 bulan tanpa diiringi suara tangisan bayi???Namun dengan penuh kekuatan serta azam yang cekal dan sokongan dari suami tercinta dan keluarga.

Mmama dapat menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah mama dikurniakan sicilik berbaju hijau ini.