Tuesday, May 4, 2010

Buah hati pengarang jantung....

Salam...

Sicilik berbaju hijau ketika menyambut hari raya di kampong neneknya di Ijok (Pure orang Ijok ). Sungguh manis dan cute buah hati mama dan abah ni kan...  




Siapa sangka mama yang kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ini pernah diduga dan diuji oleh Allah??? Tanpa izinnya jua sesuatu itu tidak akan berlaku dan mungkin sebab Allah menguji mamalah maka perkara ini berlaku.  Anak-anak mesti ingin tahu bahawa mama pernah kehilangan seorang anak perempuan yang sepatutnya sekarang ini berusia 9 tahun? 


Anak mama telah disahkan meninggal dalam perut ketika usia kandungan mama telah cukup 9 bulan...Tetapi oleh kerana mama pada ketika itu diserang demam panas dan merasa sesuatu yang tidak enak pada kandungan mama, mama ditemani suami pergi mendapatkan rawatan doktor.  


Sesampainya di hospital doktor mengesahkan bawaha bayi dalam kandungan telah meninggal dunia.  Gelap pandangan mama ketika itu dan tanpa disedari mama menangis di sisi suami tanpa segan silu.  

Bertambah sedih lagi bila mama terpaksa menjalami pembedahan kerana tidak boleh bersalin secara normal. 

Bayangkanlah anak-anakku mama terpaksa berpantang selama 2 bulan tanpa diiringi suara tangisan bayi???Namun dengan penuh kekuatan serta azam yang cekal dan sokongan dari suami tercinta dan keluarga.

Mmama dapat menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah mama dikurniakan sicilik berbaju hijau ini.



No comments:

Post a Comment