Thursday, May 20, 2010

"Tragedi belon buah kelapa"

Zaman mama dulu mana ada swimming pool........nak sobut den nak g swimmingpun tak roti.....Jadi mama kenalah creative...betul tak??? aktiviti lasak jugaklak gamaknya.......Hidup biar kreatif orang kata...keh keh keh...Kat belakang rumah emak mama ni ada sebuah kolam....masa tuh..air paip pun tak masuk lagi...almaklum dok kampung...boring2 apa nak buat(biasa lah...emak tengah tidur....penatttt....) mama ambiklah sebiji buah kelapa kering....masukkan dalam kain batik (pinjam emak punya)...lepas tuh ikat belah atas tu kuat2...bila kita masuk dalam kolam...kain batik ni akan menggelembong dan kita masukkan air dalam kain ni tadi ...tangan kanan pegang belah bawah kain batik ni ..pehhhhh bole buat belon...so mama terapung le....bila kain batik kita menggelembong macam belon...tangan kiri lak buat pendayung...sambil kaki kita....menolak2 air...berenang kannnnnnnn..........
TAPI......entah macam mana nasib hari tuhhh "tak lucky" tangan mama terlepas pulak nak pegang kuat2 kain yang belah bawah tadi...apa lagi.....mama pun...tenggelam timbullah dibueknyoooo adussssssssss nasib baik le tak tenggelam....terussssss...dah lah tuhhhh kena rotan bapak mama lagi...ape taknye...habis KORUHHHHHH (keroh) air kolam tu mama buekkkk ...berenang....

"Tragedi buah jambu batu"

Mama ni adik beradik semua perempuan so dalam ramai2 ni kira mama paling lasak dan nakal sikitlah. Teringat waktu mama kecik2 dulu masa umur 9 tahun........oleh kerana tak de aktiviti lasak so mama buatlah aktiviti sendiri....tengah dok menung2 apa nak buat tuh tetiba ternampaklah sebiji buah jambu batu yang sungguh ranum dan mengiurkan di belakang rumah.  Kami duduk di kampung...so banyaklah pokok buah2an yang ditanam oleh keluarga mama termasuk pokok rambutan, sukun dll.
Apa tunggu lagi....nampak je buah jambu yang sedang ranum tuh...mama pun terus memanjat ke atas tanpa berlengah-lengah lagi...waktu tu pulak emak mama tengah tidur.....berehat ...penat baru balik menoreh getah....Pokok jambu yang mama panjat ni tak de lah tinggi sangat...TAPI....boleh nampaklah bumbung rumah emak mama...keh keh..keh ...kira terror jugalah mama ni...
Sampai saja atas pokok...mama secepat kilat mencapai buah jambu tadi yang telah lama menunggu mama(perasan betul...) tanpa menyedari kaki mama berpijak pada ranting kayu yang kering dan rapuh....
Huhhh.........apa lagi....mama pun rasa macam supermanlah....ringan...je....dan.....bummmmmm....landing dalam longkang......adohhhhhhhhh...meraunglah mama sekuat hatiii......mengejutkan emak mama yang tengah lena tu lah.........pehhhhhhh...sebulan mama tak g school u know....

Friday, May 14, 2010

"Bukan tak sayang"

Sesekali mama terkenangkanmu...
Sesekali mama merinduimu....
"Kau dilahirkan tanpa suara........
"Kau dilahirkan tanpa tawa........
Kau dilahirkan tanpa segala.....
"Hanya memori abadi....yang.....kekal selamanya"


Bukan tak sayang.....bukan tak kasih
Tapi..........kau ditakdirkan untuk pergi buat selamanya..............


Semoga kau aman di sana............
Wahai buah hati mama..........puteriku "Khairun Nisa'..............
Alfatihah buatmu.........................

Thursday, May 13, 2010

"Cayang"

Lama udah mama tak update blog...sesibuk bebenor...Semalam masa mama dan suami on d way to Melaka untuk menjemput anak kami "Arra" tetiba telefon berdering.........

...SiCilik berbaju hijau yang kami panggil "Cayang" muntah-muntah....Nak patah balik kami dah hampir sampai Seremban...terpaksalah juga kami teruskan perjalanan.

Alhamdulillah kami mendapat penjaga Cayang yang sangat
bertanggungjawab dan terlalu sayangkan Cayang dengan sepenuh hati...
Cayang memanggilnya Ayah dan Mama kepada penjaganya...

Mereka sangat akrab dan saling membelai dengan penuh kasihsayang. 
Ayahlah yang mencari ubat muntah Cayang....dan merawatnya ketika di dalam jagaan Ayah....

Kami tiba di rumah Ayah lebih kurang pukul 11.00 malam dan Cayang telah pun tertidur atas tilam specialnya.....Hari ini Cayang tidak ke sekolah...biarlah dia berehat dan bermanja dengan Deb dan Arra pulak...

Wednesday, May 5, 2010

Memori Semalam

Semua orang mempunyai sebuah kisah suka duka dalam mengharungi seharian.

Mama adalah  ibu yang bekerja dan mempunyai 5 orang cahayamata (2 perempuan 3 lelaki).  Anak-anak cuba bayangkan bagaimanakah keadaan mama waktu mereka masih kecil dulu???.  

Sebenarnya banyak kisah suka duka yang dapat dikongsi dengan anak-anak semua...
Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa samada merubah sikap kita daripada negatif kepada positif dan sebaliknya...  

Alhamdulillah...

Sekarang belum boleh dikatakan sudah senang tapi...sekurang-kurangnya nampak di depan mata anak-anak semakin membesar.

Kini mereka sedah berusia 20thn, 18thn, 17thn, 14thn dan yang paling comel serta manja sicilik berbajau hijau 6thn...Padanya kasih tertumpah....

Buah hati pengarang jantunglah...katakan..

Setelah mama berusia 41thn dikurniakan pula seorang lagi putera...memang betul2 cahayamatalah namanya....hemmmmm..

Tuesday, May 4, 2010

Buah hati pengarang jantung....

Salam...

Sicilik berbaju hijau ketika menyambut hari raya di kampong neneknya di Ijok (Pure orang Ijok ). Sungguh manis dan cute buah hati mama dan abah ni kan...  




Siapa sangka mama yang kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ini pernah diduga dan diuji oleh Allah??? Tanpa izinnya jua sesuatu itu tidak akan berlaku dan mungkin sebab Allah menguji mamalah maka perkara ini berlaku.  Anak-anak mesti ingin tahu bahawa mama pernah kehilangan seorang anak perempuan yang sepatutnya sekarang ini berusia 9 tahun? 


Anak mama telah disahkan meninggal dalam perut ketika usia kandungan mama telah cukup 9 bulan...Tetapi oleh kerana mama pada ketika itu diserang demam panas dan merasa sesuatu yang tidak enak pada kandungan mama, mama ditemani suami pergi mendapatkan rawatan doktor.  


Sesampainya di hospital doktor mengesahkan bawaha bayi dalam kandungan telah meninggal dunia.  Gelap pandangan mama ketika itu dan tanpa disedari mama menangis di sisi suami tanpa segan silu.  

Bertambah sedih lagi bila mama terpaksa menjalami pembedahan kerana tidak boleh bersalin secara normal. 

Bayangkanlah anak-anakku mama terpaksa berpantang selama 2 bulan tanpa diiringi suara tangisan bayi???Namun dengan penuh kekuatan serta azam yang cekal dan sokongan dari suami tercinta dan keluarga.

Mmama dapat menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah mama dikurniakan sicilik berbaju hijau ini.